BENTUK SIFAT CEMBURU POSITIF
Sebelumnya saya banyak" mohon maaf kepada teman" yang telah membaca postingan saya kali ini, karna sebagai manusia biasa, sudah tentu saya tidak pernah berada jauh dari kesalahan, kesilapan dan kekurangan, yang mungkin saja tidak sesuai dengan apa yang saya tulis, yang jelasnya mengenai postingan saya kali ini..
Namun besar harapan,...semoga dengan tulisan saya yang ecek-ecek begini, akan menjadi suatu hikmah untuk teman" yang ingin mendirikan rumah tangga umumnya, dan untuk diri saya khususnya,..hmm..tapi saye ni bilelah nikah. (hehehe....mulai ni lebay)

Siapa yang tidak inginkan perkahwinan yang membahagiakan meskipun ada kalanya perselisihan sukar
untuk dielakkan.
Namun besar harapan,...semoga dengan tulisan saya yang ecek-ecek begini, akan menjadi suatu hikmah untuk teman" yang ingin mendirikan rumah tangga umumnya, dan untuk diri saya khususnya,..hmm..tapi saye ni bilelah nikah. (hehehe....mulai ni lebay)
Renungkan petua berikut yang mungkin boleh dijadikan panduan
melayari bahtera perkahwinan yang membahagiakan: 

*Hiburkan hati isteri dengan bercerita atau gurauan yang
mesra. Setiap gurauan mengobat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami
isteri.
* Amalkan makan
bersama setiap hari. Di bulan puasa, sentiasa cuba untuk berbuka dan bersahur
bersama.
* Berbual mesra dan nasihat menasihati ketika makan adalah
amalan yang akan menarik hidayah Tuhan serta mengeratkan hubungan. Elakkan
berbual perkara yang melalaikan sewaktu makan.
* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ia bukan saja dapat
meringankan beban isteri, malah boleh mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan
pasangan.
* Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan serta peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
* Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan serta peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan
keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia rasa dihargai.
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia rasa dihargai.
* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Maafkan isteri
setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia.
* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang.
Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar.
* Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan
memberontak.
* Jadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model.Hidupkan amalan
sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati
keluarga bagi mendapat hikmah.
* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini
adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada
isterinya. Elakkan kesilapan ini. (kalau Mak, tdk apa" sebab dalam hierarki, Mak
adalah lebih utama.)
* Cintai isteri sepenuh hati. Cinta tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga serta berteraskan iman dan takwa.
(Cinta kerana Allah... kita bercinta hingga ke Syurga ye.)
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah.
* Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga.Ramai
suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi yang patut
diberikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang akan
sentiasa tenang, sabar, waras, bijaksana serta dapat membuat keputusan dan
cekap menyelesaikan masalah.
* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai
lelaki cuba hormat wanita tertentu saja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu
rumah.(Memuliakan mengikut apa yang Islam ajar.)
* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri
suami. Nabi Muhammad s.a.w amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis.
Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi
wanita.
* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan
kerenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif
penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan
usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli
keluarga.
* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja,
rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin
di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan
isteri.

.jpg)
.jpg)


